berita

Zara Zya Pesan Jaga Ikhtilat – ‘Jangan Terlalu Buka Ruang Bermesra Atas Niat Sekadar Berkawan’

April 23rd, 2024 | by Maya
Kini Trending

Baru-baru ini, nama penyanyi lelaki kembali hangat diperkatakan kerana didakwa mempunyai ‘kekasih gelap’ selepas kes disyaki ditangkap khalwat dengan seorang pelakon wanita.

Pelakon Zara Zya terpanggil untuk memberi pandangannya mengenai batas pergaulan antara lelaki dan wanita.

Artikel berkaitan: Hafreez Adam & Zara Zya Berjumpa Buat Pertama Kali Selepas 5 Tahun Putus Tunang – ‘Tak Rasa Kekok’

Artikel berkaitan: Zara Zya Sedih & Menyesal Lakukan Adegan Dipeluk Aktor Lelaki – ‘Sedar Khilaf Saya, Terlepas Pandang’

Penting jaga ikhtilat

Menerusi hantaran di Instagram Stories, seseorang akan mudah jatuh cinta dengan ramai orang sekiranya tidak menjaga pergaulan tersebut.

Sebab itu pentingnya untuk kita tahu menjaga ikhtilat. Kalau tidak, kau akan jatuh cinta dengan berlainan orang setiap hari.

Jangan terlalu buka ruang bermesra atas niat sekadar berkawan yang berlainan jantina.

Bila batas dan pergaulan tidak jaga…mudah syaitan datang buat kerja.

Dalam pada itu, Zara menyatakan perbuatan curang itu juga merupakan satu pilihan.

Jadi pilihan di tangan sama ada jadikan curang itu takdir atau pilihan yang dipilih.

Terdahulu, penyanyi lelaki yang juga merupakan seorang suami dan bapa kepada dua orang cahaya mata itu didakwa oleh isterinya sudah berlaku curang sebanyak 11 kali.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×