berita

Lancar Lagu Bersama Alha Alfa, Zara Zya Harap Dapat Sambutan Daripada Peminat – ‘Lagu Ini Hadiah Untuk Mereka’

December 29th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon, Zara Zya menolak bahawa dirinya mahu menyaingi mana-mana penyanyi hebat selepas mengeluarkan lagu terbaharu nyanyiannya bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Alha Alfa.

Artikel Berkaitan: Zara Zya Sedih & Menyesal Lakukan Adegan Dipeluk Aktor Lelaki – ‘Sedar Khilaf Saya, Terlepas Pandang’

Hadiah buat peminat

Ketika ditemui OhBulan!, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, lagu tersebut merupakan hadiah buat para peminat yang selama ini menantikan karya baharu daripadanya selepas kali terakhir mengeluarkan single sekitar enam tahun lalu.

Lagu ini merupakan hadiah dari kami berdua buat persahabatan kami serta para peminat.

Sebenarnya ada ja peminat yang bertanyakan pada saya, ‘Bila nak keluarkan single terbaharu?’. Kali terakhir saya ada lagu pun pada 2018 lalu iaitu lagu bertajuk ‘Tiada Dendam’.

Saya pun bukan aktif sangat dalam bidang muzik dan nyanyian ini tetapi peminat tahu saya memang suka menyanyi. Tetapi untuk bersaing sampai masuk ke Anugerah Juara Lagu (AJL) contohnya, itu tidaklah.

Seperti yang saya katakan tadi, lagu ini bukanlah satu penanda aras untuk saya menjadi penyanyi tetapi ia lebih kepada hadiah buat para peminat.

Menurut pelakon berusia 38 tahun itu, dirinya masih menjadikan bidang lakonan sebagai ‘forte’ utama dalam karier seninya.

Zara berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya bersama Alha Alfa yang berjudul ‘Cinta Agung’ di The Roomah, Publika pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Zara memaklumkan agak mencabar untuknya melakukan proses rakaman lagu selepas hampir beberapa tahun tidak merakamkan lagu.

Namun, berkat sokongan yang diberikan oleh Alha dan komposer lagu mereka iaitu Yuka Kharisma, Zara tetap berdepan dengan cabaran itu sebaik mungkin.

Agak sukar dan mencabar bagi saya sebenarnya sepanjang proses rakaman berlangsung sebab saya rasa tidak berani selepas mendengar suara nyanyian saya sendiri.

Tapi selepas mendapat sokongan daripada Alha serta keluarga, dan Yuka juga memberikan maklum balas yang sangat positif dengan nyanyian saya.

Alhamdulillah, proses rakaman itu berjalan dengan lancar dan lagu ini berjaya dihasilkan.

Sekadar info, lagu ‘Cinta Agung’ nyanyi Zara dan Alha ini mendapat sentuhan komposer Yuka Kharisma dan video muziknya akan mula ditayangkan bermula tahun hadapan.

SKIP THIS AD ×