Sebentar tadi, pelakon, Zarina Anjoulie telah mengesahkan bahawa dia dan suami sudah bercerai. Menurut Anju, dia dan suami bercerai dengan cara baik memandangkan mereka berdua sudah tidak mempunyai keserasian lagi.
Artikel berkaitan: ‘Aku Rasa Aku Kahwin Terlampau Cepat’ – Zarina Anjoulie Mengaku Dah Cerai, Ini Sebabnya
Artikel berkaitan: ‘Alhamdulillah, Aku Dah Cerai’ – Zarina Anjoulie
Terbaru, Zarina kelihatan sedang mempromosikan barangan ‘preloved’ yang dipercayai milik bekas suaminya itu.
For sale!
For sale preloved. MENs original semua beli kat KLCC. Gucci bag baru pakai 2 bulan retail price RM3800 nk let go RM3000 , Gucci sandal size 12 nk let go RM800, Bally shoe baru beli 2 bulan RM2300 retail nak jual RM1500.
Di Instagram, Zarina memuat naik satu foto koleksi barangan peribadi milik lelaki yang hendak dijual olehnya. Antara koleksi ‘preloved’ yang hendak dijual olehnya ialah beg, kasut dan sandal. Jelasnya, semua koleksi tersebut dibeli di sebuah pasar raya terkemuka di Kuala Lumpur.
Barang ex husband ke?
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Zarina menjual koleksi barangan peribadi milik bekas suaminya itu.
Sumber: Zarina Anjoulie