Pelakon Zarina Zainuddin meraih pujian netizen apabila pendekatannya membesarkan dua anak lelaki yang menghidap autisme disifatkan sebagai cara yang wajar dicontohi.

Artikel Berkaitan: ‘Azal & Alysya Baru Berkawan..Kalau Ada Jodoh, Adalah..Saya Tak Letak Harapan Tinggi’ – Zarina Zainuddin

Artikel Berkaitan: ‘Cermin Kereta Pecah, Anak Hanyut Di Sungai’ – Zarina Zainuddin ‘Throwback’ Pengalaman Beraya Dengan Anak Autistik

Anak autisme

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu mengagumi Zarina, 55, sebagai seorang ibu yang membesarkan dua anak istimewanya tanpa mengharapkan layanan berbeza.

Paling hormat dengan Zarina Zainuddin.

Bukan seorang tapi dua orang jaga anak istimewa.

Tiada pula pernah nampak dia nak demand macam-macam, minta dilayan istimewa dan rasa entitled. 

Perkongsian itu turut mengundang perhatian apabila beberapa individu lain tampil berkongsi pengalaman bertemu dengan Zarina bersama dua anak istimewanya di tempat awam.

Kebanyakan netizen memuji cara aktres itu menguruskan dan mendisiplinkan anak-anaknya sehingga tidak mengganggu keselesaan orang lain.

Reaksi netizen

Perkongsian tersebut kemudian mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai penerimaan masyarakat terhadap individu autistik serta cabaran yang dihadapi ibu bapa ketika membawa anak istimewa ke tempat awam.

Sumber: Threads