Sebelum ini, pelakon, Zarina Zainuddin memberitahu dia terpaksa menjalani pembedahan hidung berikutan masalah sinus dan migrain yang teruk.
Artikel berkaitan: ‘Rasa Nak Buka Tudung, Hantuk Kepala Di Dinding’ – Alami Masalah Sinus & Migrain, Zarina Zainuddin Jalani Pembedahan Hidung
Terbaru, Zarina mengakui dia mengalami serangan vertigo.
Pernah kena masa bersalin
Assalamualaikum. Selepas sinus dan migraine saya diserang vertigo. Ya Allah ni baru saya mandi. Vertigo ni saya pernah kena masa saya bersalinkan Adam dulu. Macam kipas berpusing pejam mata lagi sakit goyang satu kepala. Allhamdulillah hari ni dah semakin sembuh. Mungkin saya banyak travel baru lepas bawa mak saya keluar dari hospital Ipoh balik KL saya pulak setengah nyawa mengadap. Apapun saya bersyukur Allah bagi sakit dan nikmat.
Menurut Zarina, dia pernah diserang vertigo semasa melahirkan anaknya, Adam. Pada masa itu, dia berasa sangat pening. Tambah Zarina, sejak belakangan ini dia kerap travel dan perkara tersebut mungkin menyebabkan dirinya diserang vertigo.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, serangan vertigo yang dialami oleh Zarina dikatakan sudah berkurangan.
Sumber: Zarina Zainuddin