Dek kerana teringin menikmati hidangan restoran ‘Rembayung’, penyanyi dan personaliti media sosial, Zarol Zarif tidak sangka dirinya menjadi mangsa penipuan (scam) dalam talian.

Artikel Berkaitan: Amri Aziz &  Zarol Zarif Utamakan Keselesaan Kucing, Perkenal Bib Leher Khas

Zarol kena scam

Menerusi hantaran di Threads, kejadian bermula apabila dia ternampak satu hantaran seorang individu yang mendakwa mempunyai lapan slot tempahan berlebihan.

Oleh kerana sudah lama berhasrat untuk makan restoran milik usahawan Khairul Aming itu, Zarol mengambil peluang tersebut memandangkan hantaran itu baru sahaja dimuat naik selama enam minit.

Tak sangka dah tua-tua ni kena scam semata-mata nak makan Rembayung. Zarol bukan jenis nak rebut-rebut battle dapatkan slot, tapi semalam nampak posting dia.

Namun siapa sangka, selepas membuat pembayaran berjumlah RM40, akaun media sosial Zarol telah disekat oleh individu terbabit.

Lepas transfer tunggu email tak ada. Sekali tengok akaun dia dah not found! Terus tergelak sebab mudahnya orang scam aku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengingatkan agar orang ramai berwaspada dan melakukan semakan teliti sebelum melakukan sebarang transaksi atas talian.

Malah Khairul Aming juga pernah menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan taktik scammer melibatkan slot tempahan restoran miliknya, Rembayung.

Akaun ‘user not found’

Sumber: Threads Zarol Zarif