Penyanyi Zehra Zambri mahu melangkah ke hadapan selepas melalui episod duka dalam rumah tangga bersama bekas suami, Nur Mohd Iqwan.

Artikel Berkaitan: Dua Kali Melalui Perceraian, Zehra Zambri Lapang Dada Terima Takdir – ‘Cukuplah Saya Berjuang, Kasih Sayang Dah Tiada’

Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Lega Sah Bercerai Dengan Suami – ‘Saya Perlu Pulihkan Diri & Cari Semangat Baru’

‘Saya akan aktif dalam dunia seni’

Ketika ditemui OhBulan! Zehra memberitahu bahawa, fokusnya kini lebih kepada anak dan perancangan baharu dalam karier seni.

Banyak benda baru yang saya nak ‘explore’ lepas ni untuk saya rencanakan balik karier saya.

InsyaAllah saya akan aktif dalam dunia seni.

Dalam masa sama, Zehra turut tidak menolak untuk mencari pekerjaan baharu yang sesuai dengan kelayakan akademiknya selain terus menerima undangan persembahan.

Saya mungkin akan buat resume, ‘apply’ kerja baru yang bersesuaian dengan kelayakan akademik.

Saya nak sibukkan diri. Kalau dah belajar sampai master kalau tak gunakan, rugi sangat.

Ujar pelantun lagu Semalakama ini lagi, dia akan untuk terus meneroka peluang, sama ada dalam dunia seni ataupun bidang berkaitan dengan industri kreatif.

Saya nak ‘explore’ bidang-bidang lain tapi yang ada suntikan dunia seni sebab itu ‘passion’ saya.

Kalau tak jadi penyanyi akan datang mungkin boleh jadi pegawai kebudayaan atau pun pensyarah. Sebab saya pun dalam industri kreatif.’

‘Tawaran menyanyi pun ada’

Ditanya mengenai kariernya sebagai penyanyi, Zehra meluahkan rasa syukur kerana meskipun terbelenggu dengan pelbagai isu, namun masih ada pihak yang mempercayai bakatnya dan memberi peluang untuk terus berkarya.

Alhamdulillah tawaran menyanyi pun ada. InsyaAllah saya akan ke Brunei, kemudian ada beberapa show lain.

Saya rasa tu untuk kelangsungan hidup Alhamdulilalh masih ada lagi undangan.

Banyak yang saya dah rancang selepas GV hari tu tapi disebabkan isu (perceraian) ini, banyak perkara yang tertangguh. 

Jadi selepas ini, saya akan rencanakan semula. Kalau boleh saya nak jadikan dunia seni ni sebagai mata pencarian saya.’

Pada pagi Isnin, Zehra dan Iqwan sah bercerai talak satu melalui talak rajie di hadapan Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain.

Sebelum ini, Zehra memfailkan permohonan cerai pada 7 Mac lalu secara fast track selepas mendakwa berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.