berita

Zeti Aziz Akui Dipaksa Keluarkan Kenyataan Terhadap Isu RM2.6 Bilion Dalam Akaun Najib

July 4th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Dalam sebuah temubual ekslusif Datuk Seri Najib Razak bersama MalaysiaKini pada 2 Julai lalu, beliau telah mendakwa Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menyedari kewujudan RM2.6 bilion dalam akaunnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) , namun tidak pernah mempersoalkan perkara itu.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Aziz menafikan dakwaan tersebut dan dia dipaksa mengeluarkan kenyataan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung dana RM2.6 bilion.

Kenyataan itu tidak benar

Beliau menyatakan saya menyedari transaksi RM2.6 bilion dalam akaun peribadi milik bekas Perdana Menteri itu pada 2013. Saya mahu tegaskan bahawa kenyataan itu adalah tidak benar.

Pada 3 Julai 2015, Zeti Aziz dipanggil ke pejabat Perdana Menteri dan Najib Razak memintanya mengeluarkan kenyataan yang bekas Perdana Menteri itu tidak melakukan kesalahan di dalam akaunnya.

Saya memberitahunya bahawa saya tidak dapat mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana tidak tahu transaksi yang berlaku dalam akaunnya.

Walaupun Menteri Kabinet ketika itu juga menyuruh Zeti Aziz berbuat demikian, namun bekas Gabenor Bank Negara ini enggan dan memberi jawapan yang sama kepada mereka.

Bank pusat tidak dapat memulakan penyiasatan

Berhubung perkara berkaitan dengan urus niaga oleh pemegang akaun dalam sistem perbankan, Zeti Aziz menjelaskan Bank Negara Malaysia (BNM) bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh institusi kewangan pelapor. Tambahnya pula, komuniti perbankan menyedari kawal selia dan garis panduan mengenai laporan urus niaga yang meragukan dan penilaian wajar diperlukan terhadap operasi mana-mana akaun.

Melainkan institusi perbankan berkaitan melaporkan kepada BNM mengenai salah laku dalam akaun atau jika BNM menerima maklumat yang memberi sebab untuk mempercayai bahawa kesalahan telah berlaku, maka bank pusat tidak dapat memulakan penyiasatan terhadap akaun berkenaan.

Sumber: Metro Online

SKIP THIS AD ×