Personaliti media sosial, Zhiddin Aziz, meluahkan rasa kurang senang dengan segelintir individu yang mempersoalkan nama restoran milik pempengaruh terkenal Khairul Aming, iaitu ‘Rembayung’.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming ‘Owner’ Restoran Rembayung, Simpan Rahsia Setahun – ‘Modal RM4 Juta Di Atas Tanah 8,000 Kaki’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zhiddin Aziz Kurang Senang Bukit Bintang Dipenuhi Budaya Luar, Kongsi Kisah Ugutan – ‘Kalau Tak Bayar, Kereta Kena Pecah’

Jangan cari kesalahan

Menerusi perkongsian di Threads, Zhiddin atau nama lengkapnya Mas Zhiddin Zhiddan Abdul Aziz kesal dengan individu yang disifatkan hanya menjadi pejuang bahasa apabila timbul isu berkaitan perkataan ‘Rembayung’, sedangkan pelbagai kesalahan yang jelas kelihatan di premis perniagaan lain.

Peliklah, nama Rembayung itu juga yang diriuh-riuhkan, konon tak wujud dalam kamus dewan.

Selama ni pergi mana? Kedai ‘satay’ yang ada kesalahan ejaan, sunyi pula lisan.

Kedai ‘nasi kandar’, tak pula membetulkan hukum D-M. Giliran ‘Rembayung’, tiba-tiba jadi pejuang bahasa semalaman.

Dalam masa sama, Zhiddin menekankan bahawa mencintai bahasa bukan sekadar menegur kesalahan namun perlu menguasai ilmu tersebut sebelum mengkritik penggunaannya.

Luculah! Usah lagak bermusim. Kalau benar cinta bahasa, betulkan semua.

Sebelum nak betulkan tu juga, belajarlah hukum kata nama dan lesen artistik bahasa.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan anak kepada pengacara terkenal, Allahyarham Aziz Desa itu.

Terdahulu, Khairul Aming berkongsi tentang pembukaan restoran pertamanya itu setelah lebih sepuluh tahun mengukir nama dalam perniagaan makanan.

Usahawan tersebut turut berkongsi kos membina restoran yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur berkenaan menelan belanja sebanyak RM4 juta.

Sumber: Threads Zhiddin Aziz