
Penyanyi Zizi Kirana akhirnya bersuara ekoran isu rumah tangganya bersama Yusuf Bahrin yang menjadi bualan di kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: ‘Unfollow’ Akaun Media Sosial, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Okay Tak?
Artikel Berkaitan: ‘Mental, Fizikal Kena Kuat! Kena Ada Tujuan Kenapa Nak Masuk Program Macam Ini’ – Zizi Kirana
Penjelasan Zizi

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Zizi memaklumkan bahawa hantarannya di media sosial disalah tafsir ramai pihak.
Ujarnya lanjut, segala penulisan yang dikongsi pada laman Threads atau TikTok tidak kaitan dengan kisah hidupnya yang terkini.
Berkenaan isu yang dibangkitkan semula kebelakangan ini, sebenarnya sudah lama berlalu. Cuma mungkin masa isu ini muncul semula membuatkan pelbagai tafsiran terjadi.
Saya juga dimaklumkan bahawa beberapa status lama saya di Threads dan TikTok dari tahun 2022 telah diambil dan dijadikan bahan perbualan semula.
Bagi saya, perkara-perkara itu ditulis dan dikongsikan pada waktunya. Bukan untuk dijadikan naratif hari ini.
Saya menulis dan berkongsi sebagai seorang manusia sama seperti kalian. Bukan untuk dijadikan babak tambahan dalam cerita sesiapa.
Tidak campur hal kerja dan peribadi

Tegas pelantun lagu ‘Terkemuka’ itu, dia memilih untuk tidak mencampur adukkan hal kerja dan peribadi dari awal penglibatannya sebagai anak seni.
Bagaimanapun, Zizi enggan mengulas panjang dan mendokan yang baik-baik buat semua.
Saya percaya, seni yang tulen dan jujur tak perlukan kisah peribadi sesiapapun.
Sejak awal penglibatan saya dalam dunia seni, saya memang memilih untuk tidak mencampur adukkan hal kerja dan peribadi. Itulah cara saya menjaga apa yang saya sayang.
Yang mengenal, akan faham. Yang menghormati, akan diam.
Saya memilih untuk tidak mengulas panjang. Cukuplah saya terus mendoakan yang baik-baik untuk semua, termasuk diri saya sendiri.
Imbas kembali, warganet dikejutkan dengan isu pasangan ini yang dilihat tidak lagi saling menjadi pengikut di media sosial.
Selain itu, hantaran Zizi juga menimbulkan tanda tanya seolah-olah memberi bayangan sedang berdepan dengan waktu sukar.
Untuk rekod, Yusuf berkahwin dengan Zizi Kirana pada 19 September 2021 selepas dua bulan menyulam cinta.
Sumber: Instagram @zizi_kirana







