Penyanyi, Zizi Kirana mengakui sungguh teruja untuk berangkat menunaikan ibadah umrah buat kali pertama bersama suami tercinta, Yusuf Bahrin.
Artikel Berkaitan: ‘Orang Yang Curang Akan Selalu Curang – Zizi Kirana Tuju Tweet Dekat Siapa?
Artikel Berkaitan: Tepis Dakwaan Kuat Cemburu, Zizi Kirana Jarang Teman Suami Shooting, Faham Kerjaya Masing-Masing
Ibadah Umrah
Menerusi laporan Harian Metro, penyanyi berusia 37 tahun ini bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 24 Januari ini iaitu satu hari selepas hari ulang tahunnya.
Insya-Allah, menjelang 24 Januari ini saya akan ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah, sehari selepas tarikh ulang tahun kelahiran saya. Ini adalah kali pertama untuk saya dan suami menunaikan umrah. Jadi, memang kami sangat teruja untuk umrah kali pertama ini.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini juga teruja untuk berkongsi segala persiapan diri yang dilakukannya dari segi ilmu ibadah, ubat-ubatan serta pakaian musim sejuk.
Persiapan semuanya sudah disiapkan. Kami memang sertai kelas umrah di samping beberapa persiapan lain seperti pakaian dan sebagainya. Yang mencabarnya adalah saya dimaklumkan dalam tarikh kami di sana adalah waktu kemuncak musim sejuk. Saya pula jenis orang yang tak tahan dengan cuaca sejuk.
Doa dipermudahkan
Bagaimanapun, Zizi menganggap semua itu sebagai ujian Allah untuknya. Malah, pelantun lagu ‘Eh’ ini juga berdoa agar segala urusan ibadahnya dan suami di sana sentiasa dipermudahkan.
Doa dan harapan saya, tentunya agar dikurniakan zuriat dalam rumah tangga kami. Pada masa sama, saya berharap proses ibadah umrah kami dipermudahkan Allah.
Sumber: Harian Metro