
Pelakon Datin Seri Zizie Izette menzahirkan rasa dukacita atas pemergian suami tercinta, Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jari Sentiasa Gengam Tasbih & Berzikir Perlahan’ – Mohd Shahar Dedah Sisi Bung Moktar Dalam Sidang Parlimen
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Tinggal Solat, Rajin Mengaji & Pemurah’ – Orang Ramai Singkap Sisi Sebenar Allahyarham Bung Moktar
Suami yang baik
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Zizie, 47, menyifatkan Allahyarham sebagai seorang ayah yang baik buat anak-anak.
Selain itu, Zizie turut mendedahkan sisi suaminya yang sentiasa menjaga solat sekali gus tidak lekang bibirnya daripada berzikir.
Izinkan saya bersedih malam ini.
Inilah dia, seorang yang selalu mengalah dan membahagiakan anak-anak atau orang sekeliling.
Berhati mulia, suka bersedekah. Seorang yang sentiasa menjaga solat dan sentiasa bertasbih walau di mana dia berada, tak lekang dengan zikir di bibir.
Harap diberi lebih masa bersama suami
Sementara itu, Zizie berharap agar dapat diberikan lebih masa untuk berterima kasih atas segala pengorbanan Allahyarham pada keluarga mereka.
Malam ini saya rasa hilang arah, berharap saya diberi sedikit lagi masa untuk memeluknya, bercakap dengannya, dan mengucapkan terima kasih atas segala yang telah dia lakukan untuk keluarga kami.
Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada awal pagi Jumaat.
Sumber: Instagram @zizieizette