Penampilan pelakon Datin Seri Zizie Izette ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri telah mencuri perhatian warganet di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Mummy Akan Pulang Ke Rumah?’ – Pertanyaan Anak Zizie Izette Undang Tangisan
Tayang rambut
Terbaru, Zizie memuat naik foto menggayakan busana Aidilfitri dengan tiga warna berbeza iaitu berona biru, ungu (lilac) dan hijau pucuk pisang.
Meskipun tidak mengenakan tudung namun aktres berumur 44 tahun itu tetap nampak muda, ‘elegant’ dan ‘vogue’.
Menerusi salah satu hantaran, Zizie menyatakan dia selesa dengan penampilan yang digayakan selain tidak kisah dengan ‘mulut’ orang mengata.
Saya berada pada usia di mana kalau kamu suka saya, sukalah saya dan kalau tak, saya tak kisah kerana saya tiada sebarang masalah dengan sesiapa sejak awal. Kalau tak suka, itu masalah kamu.
Hidup ini sangat indah untuk ambil pusing apa orang lain nak fikir mengenai kita. Disebabkan itulah orang cakap, tak endah itu memuaskan.
Macam princess
Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji wajah pemilik nama Zizie Izette Abdul Samad yang kekal awet muda. Selain itu, netizen juga suka dengan penampilan isteri kepada Datuk Seri Bung Moktar Radin yang seperti anak dara.
Sumber: Instagram