
Pelakon, Zoey Rahman menepis dakwaan yang mengatakan dia telah meninggalkan dunia lakonan sepenuhnya selepas beralih kepada bidang pelaburan dalam talian yang berlandaskan prinsip patuh syariah.
Artikel Berkaitan: ‘Bangun Tidur Muka Bengkak & Panas, Mungkin Alahan Makanan Berbuka Puasa’ – Zoey Rahman
Artikel Berkaitan: Zoey Rahman Join Trend ‘S Line’, Netizen Komen – ‘Banyaknya, Saya Salah Seorang Yang Pernah On’
Zoey Rahman masih aktif aktiviti seni

Ketika ditemui OhBulan!, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata, bidang baharu yang diceburinya itu menawarkan fleksibiliti, kerana boleh dilakukan tanpa terikat dengan lokasi atau masa tertentu.
Selain itu, Zoey menegaskan bahawa penglibatan dalam bidang pelaburan itu tidak menjejaskan kerjayanya sebagai seorang aktor.
Sebenarnya pelaburan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Jadi saya perlu membahagikan masa sebaik mungkin supaya tidak mengganggu urusan lain.
Walaupun serius mencuba bidang baharu, tetapi tidaklah saya tinggalkan kerjaya seni.
Cuma kena pandai mencari peluang supaya kedua-duanya berjalan seiring.
Mengulas lanjut, Zoey melihat ketidaktentuan ekonomi global kini sebagai antara faktor utama yang mendorongnya untuk meneroka bidang baharu.
Sebenarnya, saya ceburi bidang trading adalah disebabkan macam-macam krisis dunia sekarang termasuklah perang di Timur Tengah, harga minyak naik dan sebagainya.
Saya rasa waktu sekarang kena buat sesuatu dan ditemukan dengan kerjaya baharu ini (trading).
Zoey berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Prediktable Circle diadakan di Bangi, pada Sabtu.
Mahu bantu keluarga

Dalam pada itu, aktor drama ‘Tuan Rumah Pembantu Rumah’ itu menjelaskan bahawa tujuan utamanya menceburi bidang pelaburan adalah untuk mencapai kehidupan yang lebih selesa, selain membantu keluarga.
Selama ini saya melihat ramai individu yang berjaya dan hidup mewah.
Siapa yang tidak mahu mengejar kehidupan sebegitu.
Bukanlah untuk diri sendiri sahaja, saya juga mahu memberi kesenangan kepada keluarga.
Dalam masa sama, Zoey diumumkan sebagai rakan strategik kepada akademi berkenaan yang telah beroperasi selama tiga tahun.
Sementara itu, pengasas Prediktable, Hasmawatie menjelaskan terdapat kekeliruan dalam kalangan orang ramai mengenai perdagangan futures dan forex.
Katanya lagi, produk futures di bawah Prediktable merujuk kepada kontrak kewangan yang melibatkan pembelian atau penjualan aset pada masa akan datang, khususnya dalam komoditi seperti emas, minyak, gas dan lain-lain.
Ramai yang keliru dan menghubungi kami bertanya trade futures ni Forex ke? Jawapannya bukan.
Futures trading bukan forex, kedua-duanya adalah instrumen yang berbeza.
Di samping itu, pengasas bersama iaitu, Umair Azman berpandangan bahawa walaupun dunia sedang berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi, masih wujud ruang dan peluang baharu yang boleh diterokai.








