berita

‘Hijrah Itu Senang, Istiqamah Susah’ – Zoey Rahman Titip Doa & Kata Semangat Buat Mawar Rashid

October 10th, 2023 | by Alia
Kini Trending

zoey mawar

Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman menitipkan doa buat Mawar Rashid susulan tindakan aktres itu yang tidak lagi bertudung.

Artikel Berkaitan: Mawar Rashid Buka Tudung – ‘Dah Cuba Tetapi Gagal’

Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Kecewa Ramai Selebriti Buka Tudung – ‘Semoga Dibuka Kembali Pintu Hidayah Allah’

Ujian buat Mawar

zoey mawar

Menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman dilihat memberikan kata-kata semangat buat pelakon dan usahawan itu.

Menurut Zoey, bukan mudah untuk kekal istiqamah selepas berubah ke arah kebaikan. Bagaimanapun dia tetap menganggap segala yang berlaku kepada Mawar ketika ini adalah satu ujian.

Hijrah itu senang, istiqomah itu susah.

Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk Mawar. Ujian untuk dia, semoga ada jalan yang terbaik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Zoey selain turut mendoakan agar aktres berusia 28 tahun itu mendapat hidayah daripada Allah.

Minta petunjuk daripada Allah SWT. Dunia ini penuh dengan ujian, harta dan pangkat. Kecantikkan takkan kekal lama. Moga baik-baik sahaja untuk kamu.

Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.

Doakan yang baik-baik sahaja untuk dia. Tak payah kecam.

Terdahulu, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu mengumumkan bahawa dia tidak lagi memakai tudung dengan memuat naik dua keping gambar di IG miliknya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×