berita

Zoo Negara Kembali Beroperasi Hari Ini

December 18th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Dalam satu perkongsian di Facebook yang dimuatnaik oleh Zoo Negara, mereka kembali beroperasi kepada pengunjung hari ini selepas ditutup lebih dua bulan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Zoo Negara antara sektor yang terjejas teruk selepas tidak dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. Isu kekurangan dana menghimpit pihak pengurusan Zoo Negara selepas ditutup sekali lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Hanya 1,250 pengunjung dibenarkan

Foto: Zoo Negara

Menurut perkongsian itu, pihak Zoo Negara turut menyatakan mereka beroperasi mengikut jadual ditetapkan dengan jumlah pengunjung yang dibenarkan hanya seramai 1,250 orang bagi memudahkan pemantauan dan kawalan prosedur operasi standard (SOP). Orang awam juga diminta mengikuti laman web dan sosial media Zoo Negara untuk mendapatkan perkembangan semasa.

SOP biasa seperti pengambilan suhu badan, penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka akan dilakukan. Bagi orang ramai, pembukaan semula Zoo Negara tepat pada masanya, untuk mengisi hari cuti bersama keluarga atau teman rapat dengan mengunjung ke Zoo Negara.

Hadapi kesukaran akibat Covid-19

Foto: Zoo Negara

Sebelum ini, mereka dihimpit isu kewangan dan menyebabkan tabung kecemasan Zoo Negara hanya mampu bertahan sekitar tiga bulan untuk menampung kos operasi termasuk gaji kakitangan. Pengarah Zoologi, Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara Dr Mat Naim Ramli berkata, penutupan operasi susulan PKPB menyebabkan pihaknya mengalami kemerosotan pendapatan, sekali gus menyukarkan usaha menampung kos operasi yang secara purata mencecah RM1 juta sebulan.

Namun, banyak juga pihak yang memberi bantuan seperti pendakwah dan aktivis sosial Ebit Lew. Beliau menghulurkan sumbangan makanan 200 kilogram daging lembu dan 500 kilogram buah-buahan serta sayur-sayuran kepada haiwan di Zoo Negara selepas dimaklumkan masalah kekurangan dana yang dihadapi pihak zoo.

Sumber: Zoo Negara.

SKIP THIS AD ×