berita

Zul 2 By 2 Sah Jadi Suami Maya ‘The Girls’ Selepas 3 Tahun Menduda

February 23rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Komposer dan penyanyi Zul 2 By 2 sah menjadi suami kepada penyanyi, Intan Maya yang juga bekas anggota kumpulan The Girls, semalam. Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Majid berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram miliknya. Tahniah!

Artikel berkaitan: Selepas 3 Tahun Menduda, Zul 2 By 2 Dedah Wajah Bakal Isteri, Netizen Doa Urusan Dipermudahkan

Sekali lafaz sahaja

Hanya dengan sekali lafaz, Zul memberitahu Maya telah sah menjadi isterinya. Majlis yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat itu dilihat cukup indah apabila kedua-dua mempelai mengenakan busana berwarna biru. Tambah Zul, dia dan isteri sepakat memilih tarikh 22 Februari 2022 sebagai hari bahagia mereka.

Disoal bagaimana Zul boleh mengenali isterinya itu, pelantun suara ‘Kau Mawarku’ ini memberitahu dia hanya kenal Maya sebagai rakan artis. Mereka hanya rapat bermula April tahun lalu apabila Zul menghadiri sebuah berbuka puasa dan kebetulan Maya pun ada di tempat yang sama. Dari situlah pasangan ini mula berhubung.

Tambah Zul, Maya seorang yang jujur dan ikhlas dari segi apa jua aspek. Perwatakannya yang mempunyai wajah keibuan dan penyayang membuatkan Zul berasa senang dan selesa.

Kami berdua ada keserasian dan persamaan, jadi itu yang membuat saya senang dengan dia. Tak dinafikan ramai juga yang terkejut dengan hubungan kami. Harapan saya memang tinggi. Kami sama-sama pernah mengharungi kegagalan rumah tangga dan menjadikannya satu pengajaran. Mana yang baik kami ikut dan yang buruk akan cuba elakkan.

Terdahulu, pasangan ini sepatutnya bernikah pada bulan September tahun lalu. Namun, ia terpaksa ditunda akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan.

Sumber: Zul 2 by 2

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×