berita

Zul Ariffin Respon Dakwaan Dah Kahwin Gadis Ukraine

January 11th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Kecoh di laman sosial apabila foto mesra hero pujaan Malaya, Zul Ariffin bersama seorang gadis dimuatnaik di Instagram makcik_puaka. Foto berkenaan tambah menimbulkan tanda tanya kerana gadis berkenaan menggelar Zul sebagai suaminya.

April tahun lalu, foto lebih kurang sama turut viral, namun pantas dinafikan pelakon Rindu Awak 200% ini apabila diajukan media. Zul kemudiannya memberikan respon berhubung penyebaran gambar berkenaan kepada Berita Harian.

Dimuatnaik di IG hlembotska

Instagram dipercayai milik gadis Ukraine Tanya Glembotska itu turut disertakan dengan kapsyen “I want to say thanks to my husband. I am very happy with you.” di ruangan Instastorynya.

Mereka bergambar dengan kedua-duanya berpelukan mesra dengan senyuman di wajah masing-masing. Namun, istilah ‘husband’ atau suami yang membuatkan peminat tertanya-tanya jika artis pujaan mereka itu sudah menamatkan zaman bujang.

Ini respon ringkas Zul

Zul kemudiannya menafikan perkara itu dan menyifatkan laman Instagram makcik_puaka sebagai dahagakan perhatian kerana menyatakan gambar berkenaan sebagai cerita lama.

Dia juga enggan mengulas atau memberi komen lebih lanjut berhubung foto yang telah tersebar berkenaan.

Tiada maknalah… Itu cerita lama! Saya tiada apa-apa komen.

IG gosip itu kempunan perhatian agaknya. Komen pun tiada guna… Maaf, saya tiada komen.

Julai lalu juga foto menunjukkan jari gadis berkenaan bertatu dengan nama Zul turut menghangatkan gosip itu, namun hero Tombiruo ini menyatakan dia melayan Tanya sama seperti orang lain.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×