berita

Zul Yahya Kayuh Basikal Dari Ipoh Ke Johor Bahru Demi Solidariti Buat Pales***

October 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Zul Yahya memberitahu dia sedang melakukan Kayuhan Insan bagi mengutip dana untuk masyarakat di Palestin sejak 21 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Da’i Syed Tampil Mohon Maaf Selepas Didakwa Tak Sensitif Isu Pales*** – ‘Saya Antara Orang Yang Pergi Hantar Bantuan Kemanusiaan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Darah Sikit Baru Palest***’ – Netizen Tegur Da’i Syed Tak Jaga Sensitiviti, Hana Ismail Pula Tahan Sabar Bibir Comot Dengan Lipstick

Teruskan berdoa

Menurut Zul, kayuhan tersebut bermula dari Ipoh, Perak ke Johor Bahru.

Saya minta maaf. Saya tengah berkayuh dan sedang dalam perjalanan ke Batu Pahat, Johor.

Pada masa yang sama, Zul mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terus mendoakan kesejahteraannya.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Zul menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terus mendoakan kesejahteraannya.

Teruskan berdoa semoga setiap kebaikan kita diterima Allah SWT dan menjadikan kayuhan ini asbab orang lain memberi pertolongan kepada penduduk di Gaza.

Terdahulu, Zul memberitahu tujuan dia melakukan kayuhan amal itu adalah demi solidariti buat Palestin.

Usaha saya yang kecil ini bagi menaikkan semangat dan sokongan kita kepada rakyat Palestin. Saya juga membawa tabung sumbangan untuk sama-sama berkongsi rezeki kepada saudara di Palestin. Ayuh! Kibarkan bendera Palestin di rumah dan premis anda tanda sokongan serta semangat kita kepada rakyat di sana.

Video

@yanghiduppastimati

#satuhatidemipalestine #SAVEGAZAPALESTIN #SAVEALAQSA

? Atouna El Toufoule – Embun Senja

Sumber: Zul Yahya

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×