Rupa-rupanya sudah hampir dua minggu kita sudah berpuasa, jadi mungkin ramai dalam kalangan anda semua ingin cuba sesuatu yang lain untuk berbuka nanti.
Lebih-lebih lagi sekarang ini musim gaji, mesti ramai yang akan mahu berbuka diluar dan mencari tempat yang menarik disamping menikmati pelbagai juadah dan harga yang berpatutan.
Saranan kami adalah restoran buffet kerana anda dapat merasai bermacam-macam menu makanan tanpa had seakan-akan rasa masakkan di rumah.
Jadi, kali ini kami akan kongsikan senarai restoran buffet Ramadhan yang harganya tidak melibihi RM60 di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
1. Fish & Co. Pavillion KL
Restoran ini memulakan promosi mulai 22 Jun hingga 21 Julai ini. Harga bagi orang dewasa ialah RM59.95 dan kanak-kanak pula RM.29.95.
2. Casa Ombak
Restoran ini terletak di Jalan Damai, Off Jalan Ampang Kuala Lumpur. Harga bagi orang dewasa cuma RM 55 dan kanak-kanak cuma RM27.
3. Bangi Golf Resort Club House
Bagi yang ingin merasai tempat berbuka puasa yang eksklusif dan harga yang berpatutan. Anda bolehlah kesini, lokasi di Bandar Baru Bangi manakala harganya pula hanya RM55 untuk dewasa dan RM 27 untuk kanak-kanak
4. INTEKMA Resort & Convention Centre
Lokasi keempat ini terletak di Persiaran Raja Muda, Seksyen 7 Shah Alam. Harga untuk dewasa RM55 dan RM36 untuk kanak-kanak, bagi OKU dan warga emas cuma RM50 sahaja. Selain itu disini juga menyediakan harga pakej untuk bersahur, cuma RM19 sahaja.
5. Kelab Golf Seri Selangor
Lokasinya di Persiaran Damansara Indah Off Persiaran Tropicana, Petaling Jaya. Bagi yang ingin rasai menu masakkan padang dan minang. Disinilah tempat yang sesuai untuk anda, cuma RM58 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak.
6. Hotel Seri Malaysia
Apa yang istimewa untuk Hotel Seri Malaysia ini adalah, harganya hanya RM28 dan paling menarik lagi bukan sahaja di kawasan Lembah Klang sahaja malah diseluruh cawangannya yang ada di Malaysia ini.
7. Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan
Lokasinya di Seksyen 13, Shah Alam, bagi anda yang ingin menikmati makanan-makanan grill dan penggemar kambing. Disinilah tempat yang ideal untuk anda, harganya cuma RM48 untuk dewasa dan kanak-kanak RM24
8. Pak Ngah Cafe
Lokasi di Jalan Prima Setapak, menyediakan lebih daripada 30 jenis sajian dan manisan. Harga yang sangat murah cuma RM24.90 bagi dewasa dan RM14.90 bagi kanak-kanak.
9. Bora Ombak, Ampang Point
Ini menarik perhatian kami, macam-macam menu ada. Western, hidangan kampung, kambing BBQ dan macam-macam lagi. Selain itu, tempat ini ada menyediakan surau. Harganya cuma RM56 dewasa dan RM36 kanak-kanak.
10. Crystal Crown Hotel, Kuala Lumpur
Menariknya disini, jika anda bersama keluarga ataupun rakan seramai 5 orang anda hanya perlu bayar untuk 4 orang sahaja! Harganya pula berpatutan, cuma RM 55 untuk dewasa dan RM27.50 untuk kanak-kanak.