Tidak lama dahulu pelakon dan pengarah terkenal Datuk Farid Kamil telah ditahan polis dan tidak lama selepas itu dia dibebaskan. Nampaknya kes ini masih belum selesai sepenuhnya apabila Farid sekali lagi membuat laporan polis siapa mendakwa dirinya dianiyai.
Siapa yang aniaya Farid? Ini berita selanjutnya
Ada dalang disebalik penahanan Farid Kamil?
Menurut laporan Astro Awani, Datuk Farid Kamil telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari 2018 di mana Farid menuduh kekerasan serta layanan diterima oleh pihak polis semasa ditahan reman kerana menyerang polis dan orang awam.
Sementara itu berdasarkan laporan yang diterima akhbar Malay Mail pula, Farid mendakwa dirinya dianiaya oleh tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga dia bertindak di luar kawalan di Balai Polis Kota Damansara bulan lalu.
Farid melaporkan bahawa dia tidak begitu waras ketika itu oleh kerana minumannya dicemari dengan dadah angkara ketiga-tiga rakan artisnya, sehari sebelum insiden di Balai Polis berlaku. Ketiga-toga rakan artis termasuk seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi 1990-an yang dahulunya terkenal serta seorang lagi pelakon.
‘Farid membuat laporan tentang banyak perkara..’
Selain itu, Farid turut mendakwa dia diberikan rokok bersalut dengan sejenis cecair yang dikenalpasti oleh tiga rakan tahanan sehingga membuatkan dirinya khayal. Farid juga mempersoalkan mengenai fotonya di balai polis jadi perkongsian netizen di sosial media sehingga viral.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan bahawa Farid membuat laporan rasmi mengenai keadaannya sehingga menyebabkan dia berlaku ganas.
Farid membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan.
Sumber: Astro Awani