Desas-desus mengenai keretakan rumahtangga pelakon, Sari Yanti dan suaminya Mohd Eddy Casmady kini sudah pun terjawab.
Walaupun pada mulanya menafikan bahawa rumahtangganya sedang bergolak, menerusi laporan Harian Metro, Sari Yanti dikatakan telah memfailkan permohonan cerai pada 25 Februari yang lalu.
Sari Yanti failkan permohonan cerai 25 Februari yang lalu
Pasangan ini sepatutnya menghadiri proses sulh pertama semalam di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, namun ianya tidak dapat dijalankan kerana suaminya berada di luar negara atas urusan kerja.
Sah bergelar suami isteri pada 16 Januari 2009, pasangan ini dikurniakan 2 orang cahaya mata yang berusia 4 tahun dan 2 tahun. Apapun, diharap agar Sari Yanti dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini.