Daulat Tuanku! Pada jam 10.10 pagi tadi, Sultan Ibrahim Iskandar telah selamat dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden di Istana Besar. Jom kita tengok foto-foto istiadat kemahkotaan ini di bawah.
Mahkota Permaisuri pula diletakkan oleh Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir di kepala Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah sekali gus dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri itu. – Harian Metro
Selesai istiadat itu, baginda berarak mengelilingi bandar raya ini sejauh kira-kira tujuh kilometer untuk meraikannya bersama rakyat.
Kenderaan yang membawa KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang merangkap Presiden Seumur Hidup FAM melintasi Dataran Bandaraya Johor Bahru menuju ke Istana Besar Johor.- Legend Merah Biru