berita

9 Fakta Menarik Tentang Perkahwinan Fahrin Ahmad & Elena Eleas Yang Tidak Diketahui Ramai

May 9th, 2015 | by Wan
Kini Trending

fakta

Maafkan kami sebab tak boleh move on lagi dari bercerita tentang perkahwinan Fahrin Ahmad dan pasangan Elena Hani Eleas yang berlangsung pagi tadi.

Artikel Berkaitan : [7 FOTO] Sekitar Majlis Pernikahan Fahrin Ahmad & Elena Hani Eleas

Disebalik pernikahan tersebut rupanya tersimpan pelbagai perkara menarik yang mungkin tidak diketahui umum antaranya ialah sudah saling kenal mengenali sejak 17 tahun yang lalu!

1. Kahwini Ketua Pramugari Emirates Airline

ketua

Rupanya masa buat pengumuman tempoh hari Fahrin sudah memberikan clue iaitu mereka jarang berjumpa. Patutlah, isterinya bekerja sebagai pramugari.

2. Bekas Peguam, “Seorang Yang Bijak” kata Fahrin

bijak

Lepas ini jika ada sebarang masalah berkaitan undang-undang, Fahrin tak peru lagi mendapatkan khidmat consultation daripada peguam lain. Si isteri kan ada hurm.

3. Kenal ketika belajar di Matrikulasi & UiTM

Screen Shot 2015-05-09 at 11.13.42 AM

Kalau dah jodoh tak ke mana kan? Menurut Fahrin, dia mengenali Elena ketika menuntut di Matrikulasi Undang-Undang dan Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

4. Pernah berkenalan 17 tahun yang lalu

samasama

Menurut Fahrin mereka tidak pernah berhubung sejak 17 tahun yang lalu. Wah bukan main lama! Tambah Fahrin mereka hanya kembali berhubung sejak beberapa bulan yang lalu dan ianya semakin serius hingga mengambil keputusan untuk berkahwin

5. Tidak bertunang

tunang

Pasangan ini memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan sebaliknya sekadar pertemuan mengikut adat dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat masing-masing

6. Hantaran dirahsiakan

cincin

Hanya mas kahwin RM80 dan sebentuk cincin untuk pasangan masing-masing.

7. Tarikh lahir & tarikh kahwin sama

Screen Shot 2015-05-09 at 3.31.29 PM

Untunglah nak celebrate birthday dengan anniversary nanti senang! Pandai Fahrin pilih tarikh ye

8. Buat Live Stream tapi tak tak boleh tengok

Screen Shot 2015-05-09 at 3.33.15 PM

Yang ni agak kecewa sebab masing-masing teruja menantikan siapa calon isteri Fahrin. Sepatutnya perkara seperti ni tak terjadi tambahan Fahrin seorang selebriti yang diminati ramai.

9. Peminat teruja bangun awal pagi walaupun cuti!

Screen Shot 2015-05-09 at 3.34.46 PM Screen Shot 2015-05-09 at 3.34.56 PM

Hasil tinjauan kami peminat bangun awal pagi menantikan live stream seperti yang dijanjikan oleh Fahrin. Namun ianya bertukar hampa sebab video tak boleh tengok.

SKIP THIS AD ×