berita

[VIDEO] Cara Fiza Sabjahan & Fatin Hamimah Tebar Roti Canai Buat Netizen Berdekah Gelak! – ‘Macam Sp*nder Koyak Dibuatnya’

September 7th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gelagat pengacara ‘Wanita Hari Ini’, Fiza Sabjahan dan rakan setugasnya, Fatin Hamimah sentiasa mencuri perhatian netizen tatkala bersiaran secara langsung menerusi program tersebut.

Jika sebelum ini, Fiza dan Fatin viral disebabkan topik ‘nak masuk marhaban’, kali ini lain pula ceritanya.

Artikel Berkaitan: Ketawa Sampai Terdiam Masa ‘Live’, Gelagat Fiza Sabjahan & Fatin Hamimah Curi Tumpuan – ‘Saya Nak Masuk Marhaban’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fiza Sabjahan Kena Reject Masa ‘Live’ Dengan Mak Jenny, Penonton Berdekah Gelak – ‘Tak Nak, Dia Gaji Besar’

Penonton terhibur!

Di Instagram, viral klip video yang memaparkan duo itu sedang mengendalikan segmen variasi menu roti. Segmen itu turut dihadiri beberapa orang tetamu undangan yang juga merupakan pembuat roti.

Segmen yang bersiaran pada 4 September lalu, menyaksikan Fiza dan Fatin cuba untuk menebar roti canai. Namun siapa sangka, hasil yang dilakukan oleh mereka sewaktu proses menebar tidak menjadi seperti yang disangka.

Lebih mencuri tumpuan, Fiza turut menunjukkan roti yang ditebar olehnya itu berlubang di bahagian tengah. Berikutan daripada itu, Fatin kelihatan ketawa tidak henti melihat rakan baiknya itu sedang berusaha melakukan proses tersebut. Bukan itu sahaja, Fatin turut mengalami kesukaran yang sama ketika diminta untuk melakukan proses menebar.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen termasuk Fahrin Ahmad turut terhibur melihat gelagat Fiza dan Fatin.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wanita Hari Ini TV3 (@whitv3)

Sumber: WHI

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×