Isu keretakan rumahtangga Abby Abadi dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah dapat dihidu oleh pihak media sejak 2 minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Beri Hint Rumahtangga Bergolak Di Instagram?
Enggan memberi komen lanjut, Abby ketika itu memuatnaik foto bersama suami berserta caption yang dilihat bagaikan memberi bayangan bahawa rumahtangga mereka sedang bergolak.
Terkini, menerusi laporan Mstar Online, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan akan memfailkan perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada esok hari, jam 9 pagi (Khamis, 29 Mei 2014) .
Untuk rekod, Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Sebelum itu, Abby juga dikurniakan 3 orang cahaya mata hasil perkahwinan pelakon Norman Hakim dan bercerai pada tahun 2008.
Apapun, sama-sama kita berdoa agar mereka berdua dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik.