Well, seperti yang anda semua sudah sedia maklum, semalam berlangsungnya Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015)di PWTC. Majlis gilang-gemilang ini semestinya diadakan untuk merai para karyawan dalam bidang masing-masing.
Namun, sudah pasti ada sahaja perkara-perkara epik yang terjadi di setiap majlis anugerah ka? Begitu juga di ASK2015 semalam. Ada yang kata sendu, ada juga kata best.
1. Project band ASK2015. Yay or Nay?
Bagi kami agak menarik juga apabila beberapa orang selebriti bergabung membentuk Project Band ASK 2015. Siapa selebriti tersebut? Eleh, korang tahu dah kan. So yay ke nay?
2. Beto pakai Baju Melayu. Yay!
Wah! Lain daripada yang lain apabila Beto dengan bangganya naik ke pentas dengan baju Melayu apabila merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Gila Baby. Eh, Mama Lisa tu pun comel lah!
3. De Fam dan ‘Supergirl’nya. Yay atau Nay?
Wah… persis artis Korea gitu. So, korang rasa ‘yay’ ke ‘nay’?
4. Mok Cun Terbaik. A ‘Yay’ from us!
Mok Cun memang tak pernah menghampakan! So, tanpa ragu-ragu kami memang suka dengan Mok Cun!
5. Tapi ramai kata ASK2015 hambar… Erm..
Walaupun hashtag ASK2015 berjaya trending, namun masih ramai netizen yang meluahkan rasa ‘hambar’ mereka di laman Twitter apabila menonton anugerah ini.
So, apa pula pendapat pembaca OHBULAN!? Nak tambah apa-apa point lagi?