Amboi… kecik-kecik lagi dah pandai melancong ye si comel ni! Ha.. si comel yang mana? Ala..siapa lagi kalau bukan puteri kesayangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lara Alana.
Kebiasaannya, kalau anak tu masih lagi di peringkat bayi, ibu bapa mesti rasa macam was-was nak bawa naik kapal terbang kan? Yelah. Takut si kecil tu meragam pula.
Namun, nampaknya Awal dan Scha ‘dare’ untuk membawa Lara Alana melancong bersama mereka tau! Malah, rasanya flight ke Perth, Australia tu mengambil masa berejam-jam juga. Terror lah dorang ni!
Lara Alana ‘layan’kan Awal dan Scha yang sibuk berposing!
Namun, mungkin dek kerana sangat prihatin dan sayangkan Lara, ada juga peminat mereka menasihati agar tidak membawa si kecil itu dalam baby carrier kerana masih belum cukup stabil.
Malah, mereka juga dilihat mengambil berat tentang kesihatan Scha yang baru sahaja habis berpantang dan memberi nasihat agar Scha lebih berhati-hati di sana.
Bagaimanapun, muka si Lara ni relax habis walaupun naik flight untuk pertama kali. Maka, senanglah Awal dan Scha untuk jaga dia sepanjang mereka bercuti di negara orang kan.
Apa yang lebih menarik, kali ini mereka bukan sahaja pergi melancong bertiga, malah ditemani adik perempuan Scha, Marissa. Ha.. apakata kita tengok lagi gambar mereka di bawah! Enjoice!
Kredit foto: Instagram Scha Alyahya & Awal Ashaari