berita

Anak Linda Rafar Hembuskan Nafas Terakhir Hari Ini Selepas Bertarung Dengan Ketumbuhan Kronik

July 5th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-05 at 19.17.18

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Salam takziah diucapkan kepada Linda Rafar sekeluarga di atas pemergian anak keduanya yang dikenali sebagai Memen sebentar tadi.

Berita tersebut telah disahkan sendiri oleh Linda menerusi status yang dimuat naik di laman Instagramnya sekitar jam 6 petang tadi.

Screen Shot 2014-07-05 at 19.03.11

Tak sangka, dalam pada kita masih bersedih dengan berita pemergian biduanita negara, Allahyarhamah Sharifah Aini pada jam 1.26 pagi tadi, Memen juga dipanggil menghadap Ilahi hari ini, di bulan Ramadhan yang mulia.

Memen atau nama sebenarnya Rezaiman Keiflin, 12, disahkan menghidap ketumbuhan kronik dalam perut sekitar bulan April lalu dan sedang menjalani rawatan lanjutan bagi mengelak dari terus merebak.

Marilah sama-sama kita doakan agar roh arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Semoga Linda dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini, semestinya Syawal kali ini sangat berbeza buat mereka.

SKIP THIS AD ×