Anggota kumpulan Wildcatz, Riffa, tidak menolak sekiranya ditawarkan peluang untuk kembali menyertai kumpulan Elite bagi menggantikan tempat yang kemungkinan bakal ditinggalkan Linda Rafar.

Artikel Berkaitan: Elite Tiada Konflik Dalaman, Hormati Keputusan Linda Rafar – ‘Dia Buat Keputusan Sendiri, Mungkin Cuma Mahu Berehat’

Sedia gantikan Linda Elite

Ketika ditemui OhBulan!, Riffa atau nama sebenarnya, Sharifah Azizah Syed Zin berkata dia masih menjalin hubungan baik dengan bekas ahli kumpulan tersebut dan terbuka sekiranya ditawarkan untuk kembali.

Kalau ditawarkan oleh Azza untuk gantikan tempat Linda untuk sementara waktu, saya bersetuju.

Saya baik dengan Azza, dengan Watie pun masih contact. Kita dah pernah menyanyi sama dulu, jadi kalau dapat peluang tu, seronoklah sekadar kenang balik zaman dulu.

Riffa turut mendedahkan dia pernah bekerjasama dengan kumpulan Elite selama setahun dan masih aktif menyanyi secara solo bagi acara tertutup seperti majlis makan malam dan persembahan korporat.

Dulu saya banyak buat event dengan artis lain, sekarang pun masih menyanyi sikit-sikit. Kalau ada yang panggil untuk dinner show atau event tertutup, saya pergi solo.

Riffa berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran salunnya, Lively Hair Studio di Jalan Tun Razak pada Sabtu.

Berjinak dalam bidang perniagaan

Selain terus aktif dalam bidang seni, Riffa kini mengembangkan minatnya dalam dunia perniagaan apabila membuka salon kecantikan miliknya, Lively Hair Studio, yang telah beroperasi lebih dua bulan.

Saya memang minat bidang kecantikan, dulu pun pernah keluarkan produk penjagaan kulit sendiri. Sekarang saya beralih ke bidang rambut sebab dari dulu memang minat.

Riffa berkata, dia menggunakan hasil simpanan peribadinya bagi merealisasikan impian tersebut.

Saya buka sendiri, hasil kerja dan bisnes sebelum ni. Simpan sikit-sikit, top-up mana perlu. Alhamdulillah akhirnya impian saya tercapai,

Berkongsi tentang kos pelaburan, Riffa menganggarkan modal untuk membuka salon berkenaan mencecah sekitar RM200,000.