Nampaknya semakin murah rezeki buat pelakon cantik, Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram atau lebih dikenali dengan nama Jejai ini.
Mana taknya, belum pun genap setahun usia putera sulungnya, Putra Rayfal Ramli, pasangan ini dikhabarkan bakal menimang cahaya mata kedua pula tidak lama lagi.
Antara foto yang menampakkan baby bump Fasha Sandha
Menerusi foto yang dimuatnaik oleh portal hiburan Rotikaya, wajah pelakon itu tampak berseri-seri dengan baby bump yang sudah terserlah. Malah menurut sumber lagi, kandungan Fasha kini dipercayai sudah mencecah lebih 5 bulan.
Namun, kami masih lagi gagal mendapatkan pengesahan daripada Fasha sendiri mengenai perkara baik ini.
Apapun, tahniah diucapkan buat pasangan bahagia ini dan sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Mari kita lihat lagi foto di bawah!