Okay. Jom buka minda kita sedikit sebab hari ni kita nak belajar makna peribahasa ‘lebih sudu daripada kuah’. Buat mereka yang kurang arif, peribahasa ini bermaksud individu yang suka overshadow orang yang sepatutnya menjadi focus point.
Ala.. dalam bahasa mudahnya, dia yang berlebih-lebih padahal orang yang ‘bertanggungjawab’ mengenai sesuatu perkara itu lebih relax dan cool gitu.
Kenapa saya dok bercerita pasal peribahasa ni? Macamni, sedar atau tidak, bila hidup di zaman serba canggih dengan pelbagai teknologi untuk ‘berhubung’ dengan artis, ada sesetengah peminat ni macam over taksub dengan idola mereka sehingga menimbulkan masalah.
Emma Maembong bersama Emavengers (sekadar gambar hiasan. Kredit foto: Khadieja Photography)
Sudah adat menjadi selebriti, mesti ada fans dan mesti ada juga haters. Tapi, kebiasaannya kalau selebriti ni dikategorikan dalam kelas ‘A’, mereka sudah semestinya mempunyai barisan fans tegar yang bila sekali imbas dah macam ‘bala tentera’.
Maksudnya, walau apapun yang berlaku, fans ni akan mempertahankan idola mereka. Bak kata orang putih ‘by hook or by crook’ lah!
Tapi, keadaan akan jadi melarat bila fans artis A bertembung pula dengan fans artis B. Ha… apa lagi, masing-masing pun keluarkan hujah dan membela nasib artis kegemaran mereka. Yang si selebriti pula relax sahaja dan selalunya hanya membiarkan sahaja fans mereka bertikam lidah.
(sekadar gambar hiasan)
Jika kes tersebut berlarutan, maka si fans artis A ni akan menyerang artis B secara personal pula. Daripada soal karier sehinggalah kisah penampilan artis B ni akan dikorek dan ada sahaja tampak tak kena di mata mereka. Maka, si artis B ni barulah rasa ‘terkesan’ dan mengadulah kepada pihak media bahawa bukan dia punca masalah. Aih..
Sudah semestinya paling ‘panas’ bila fans bergaduh dengan warga media. Banyak kes di mana fans tak berpuas hati dengan laporan yang ditulis oleh wartawan ( tak kisahlah media mainsream atau online). Tak pasal-pasal warga media akan menerima kritikan ‘menggila’ daripada fans ini.
Kalau nak senaraikan satu demi satu kes, mungkin adik-adik yang kini sedang belajar dalam jurusan kewartawanan akan quit serta merta sebab takut untuk berhadapan dengan fans tegar seperti ini.
(sekadar gambar hiasan)
Tidak menyebelahi mana-mana pihak, apa yang saya lontarkan di sini hanyalah menerusi pemerhatian saya yang hanya baru setahun jagung dalam industri media.
Sebenarnya perkara ini bukanlah berlaku dalam industri hiburan sahaja, malah ia merupakan perkara yang global. Bila kita dah terlalu taksub dengan sesuatu, penilaian kita terhadap sesuatu perkara itu pasti tidak seimbang.
Mungkin masing-masing mempunyai pendapat mengenai isu ini. Cuma, apa yang saya boleh simpulkan : Minat pada seseorang itu boleh, namun perlulah berpada-pada supaya ia tidak jatuh dalam kategori obses pula.
P/S: Chill! It’s just my 2 cents