berita

‘Apa Tujuan Rakam & Sebarkan Video Tersebut?’ – Ayah Nur Dhabitah

June 25th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini tular sebuah video menyaksikan seramai tujuh atlet penerjun negara dipercayai sedang berpesta dan mengambil minuman keras menyambut Tahun Baru Cina, Februari lalu. Skuad terjun negara seramai 14 orang telah tampil memohon maaf di sidang media, tempoh hari. Malah, mereka menolak tuduhan wujud ‘unsur sabotaj’ dan tidak mengenali individu yang merakam aksi mereka ketika itu.

Bagaimanapun, ayah kepada Nur Dhabitah Sabri bertegas untuk Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) menyiasat dan mengambil tindakan ke atas individu yang merakam serta menyebarkan video tersebut sehingga mencetuskan kontroversi.

Ada udang disebalik batu?

Walaupun Sabri Hashim (ayah Nur Dhabitah) tidak menyokong kelakuan skuad penerjun negara berpesta sambil minum minuman keras namun tindakan merakam serta menyebarkan video berkenaan telah mencemarkan nama atlet negara dan Malaysia. Dia juga meminta Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) untuk menyiasat kemungkinan wujud pihak tertentu untuk sabotaj skuad terjun negara dan penerjun tertentu.

Apa yang dilakukan oleh penerjun yang terbabit dalam video itu memang salah kerana ia melanggar etika dan disiplin. Mereka pun sudah mengaku kesilapan serta meminta maaf.

Tapi, rakaman video itu tidak sepatutnya didedahkan kepada umum seperti yang berlaku baru-baru ini. Soalnya, apa tujuan individu itu merakam kemudian menyebarkan melalui media sosial? Adakah ‘ada udang disebalik batu’?

‘Saya tidak menuduh kerana tiada bukti’

Menurut laporan Metro, media melaporkan skuad terjun terpalit kontroversi itu apabila video yang tular menyaksikan penerjun negara berfoya-foya sambil minum minuman keras dan kejadian dipercayai berlaku di Guangzhou, China, Februari lalu.

Susulan itu tujuh atlet yang terlibat termasuk Dhabitah tampil memohon maaf secara terbuka melalui satu sidang media. Bagaimanapun Setiausaha Kehormat ASUM, Mae Chen tampil menyatakan Dhabitah dan Hanis Nazirul Jaya Surya tidak mengambil minuman keras.

Saya tidak fikir individu berkenaan tidak tahu implikasi di sebalik tindakannya itu. Apa yang saya bimbangkan jika ada unsur sabotaj ke atas skuad terjun negara atau ke atas mana-mana penerjun yang dijadikan sasaran.

Saya tidak mahu menuduh sesiapa kerana tiada bukti namun ASUM patut menyiasat siapakah dalang di sebalik isu ini kerana ia turut membabitkan maruah badan sukan itu serta negara.

ASUM tidak boleh melepaskan dalang itu begitu sahaja sebaliknya turut perlu dikenakan tindakan disiplin di atas tindakannya.

Sumber: Metro Online

The following two tabs change content below.

Amat

@ammatlarbsib bukan nama sebenar

Most Read Today