Isu kontroversi melibatkan Ude Wahid, Intan Liana dan Izreen Azminda sejak kebelakangan ini sering menjadi bualan hangat netizen. Ramai yang bersimpati dengan nasib yang melanda Intan tambah-tambah lagi apabila Ude menfailkan penceraian terhadap Intan November lalu.
Menurut laporan Harian Metro, hari ini, Ude Wahid dan Intan Liana disahkan bercerai talak satu selepas lafaz dibuat Ude 9.50 pagi tadi.
Sah bercerai talak satu
Ketika ditemubual wartawan Harian Metro, Intan memberi respon dia redha dengan takdir Allah swt, dia terima setakat ini sahaja jodohnya bersama Ude. Peguam Intan juga ada memberitahu akan menfailkan hak-hak yang bakal dituntut di mahkamah. Setakat ini anak-anak masih dibawah jagaan Intan. Intan juga bersyukur dan berterima kasih dengan sokongan orang ramai terhadapnya.
Sementara itu, setelah sekian lama mendiamkan diri Ude menjelaskan masalah rumahtangga antara mereka berdua sudah timbul sebelum berkahwin dengan Izreen Azminda lagi. Katanya lagi, banyak perkara yang dikatakan Intan sebelum ini kepada media adalah tidak betul dan sudah menjatuhkan namanya. Disebabkan kenyataan yang dikeluarkannya itu, orang ramai memandang negatif dan melabelnya bapa yang tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Dia juga menegaskan Izreen Azminda bukan punca berlakunya penceraian ini.
Sumber : Harian Metro