Pasti semua sudah sedia maklum dengan perang dingin yang sedang berlaku di antara dua selebriti sensasi Malaysia yang berpunca daripada sekeping foto selfie.
Artikel Berkaitan: Perang Sharnaaz Ahmad Dengan Azwan Ali Belum Habis Lagi Rupanya. Apa Kata Anda?
Daripada sumber-sumber terapat, Azwan Ali dikatakan telah pun ‘block’ akaun Instagram Sharnaaz Ahmad dek kerana teguran yang diluahkan oleh pelakon muda itu kepadanya. Betul atau tak? Kenalah tanya Diva AA sendiri.
Menerusi laporan Sinar Harian, Presiden Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez dikatakan mungkin akan memanggil kedua-dua orang selebriti ini bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.
Datuk Freddie Fernandez mahu Sharnaaz Ahmad dan Azwan Ali hentikan perang laman sosial
“Untuk aktiviti ringan dan hiburan, bolehlah nak selfie. Kita haruslah menghormati suasana pilu di hari perkabungan tersebut walau dengan macam mana riak muka sekalipun, ia tetap tidak sesuai.
Apa yang ditegur Sharnaaz itu ada betulnya dan saya berharap Azwan Ali akan lebih sensitif selepas ini. Saya harap, ia akan berakhir di Twitter sahaja. Lagipun, masing-masing sudah mengeluarkan ‘paku buah keras’ masing-masing. Cukup-cukuplah tu… Kalau mereka masih meneruskan perang ini, kami akan memanggil dan cuba menyelesaikannya.”
Ha… rasanya elok juga jika Datuk Freddie Fernandez jadi orang tengah untuk selesaikan masalah ni kan. Yelah, industri Malaysia ini kecil sahaja, buat apa nak gaduh lama-lama. Tapi, apa agaknya respon Azwan dengan Sharnaaz mengenai perkara ini ya? Kita tunggu…!!