Tanggal 8 Mac depan pastinya akan menjadi detik bahagia buat Syamsul Yusof dan bakal suri hatinya, Puteri Sarah Liyana. Pernikahan yang bakal berlangsung pada jam 10 pagi di Masjid Sri Damansara itu pastinya menimbulkan debaran di hati pasangan sejoli ini.
Artikel Berkaitan:
- Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Nikah 8 Mac
- Menjelang Hari Bahagia, Puteri Sarah Masih Dilanda Kontroversi
Namun, semalam menerusi laman Instagramnya, pengarah muda itu telah memuatnaik mengenai status kesihatannya yang tidak berapa memuaskan.
Status Syamsul Yusof yang dimuatnaik semalam
Usah risau, Syamsul hanya diserang demam dan menerusi caption foto tersebut, Syamsul berharap agar peminat dapat mendoakan kesihatannya.
Sementara itu, walaupun pasangan ini lebih banyak mengambil sikap tertutup mengenai perkahwinan mereka, foto kad jemputan eksklusif berwarna hitam emas yang jelas tertera nama kedua-dua mereka telah dimuatnaik oleh pereka kad jemputan, Khyro Design.
Kad jemputan majlis perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana
Untuk pengetahuan, pada Januari lalu, majlis merisik telah diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan berita ini mula tersebar apabila beberapa keping foto ibu bapa Syamsul bergambar di pelamin bersama Puteri Sarah Liyana dimuatnaik di sebuah forum hiburan.
Menurut ibunya, Datin Patimah Ismail, anak lelakinya itu membuat keputusan untuk mengahwini Sarah sebaik sahaja dia pulang menunaikan ibadah Umrah di tanah suci.
Apapun, marilah sama-sama kita mendoakan kebahagiaan pasangan ini dan berharap agar majlis pernikahan mereka berjalan lancar seperti mana yang dirancang.
Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof