berita

Bakal Berkahwin Dengan Bekas Suami Rita Rudaini, Zarema Adakan Bridal Shower

March 3rd, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-03-03 at 11.37.14 AM

Umum sudah mengetahui bahawa bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan dan kekasihnya Zarema Zainal bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Mac ini.

Walaupun belum diumumkan tarikh sebenar majlis  tersebut, sudah pasti debaran bergelar raja sehari semakin dirasai oleh pasangan sejoli ini.

Artikel Berkaitan:

Terkini, menerusi gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Nora Danish, Zarema telah mengadakan satu majlis bridal shower yang bertemakan Masquerade Party.

zaremaFoto yang dimuatnaik di laman Instagram Nora Danish

Dalam majlis yang diraikan bersama sahabat-sahabat baiknya itu, Zarema nampak anggun mengenakan busana merah dengan memegang papan tanda berbentuk hati yang tertulis #AZ4ever.

Sementara itu, kesemua jemputannya pula memakai busana berwarna putih dan turut menggunakan topeng yang menutup separuh muka mereka.

Screen Shot 2014-03-03 at 10.49.44 AMMajlis Bridal Shower bertemakan Masquarade Party

Kalau anda nak tahu, sebelum ini juga Zarema pernah mengadakan beberapa buah keraian bagi menyambut tarikh keramatnya itu.

Apapun, diharapkan semoga majlis perkahwinan mereka kelak akan berlangsung dengan lancar dan kekal hingga ke akhir hayat. Mari kita lihat beberapa keping lagi foto sekitar majlis tersebut.

Kredit foto : Nora Danish

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×