berita

Cakap Guna Kepala Otak! – Aidil Zafuan Berang Dituduh Terlibat Skandal Rasuah Atur Perlawanan?

July 28th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

aidil

Baru baru ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail menerusi sidang akhbar yang diadakan mendedahkan beberapa bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT) yang dibuang kerja terlibat dalam bookie iaitu skandal mengatur perlawanan.

TMJ bagaimanapun hanya memberi bayangan siapakah pemain yang dimaksudkan. Mungkin terkesan dengan dakwaan sesetengah pihak yang yang turut mengaitkan namanya dengan skandal tersebut, Aidil Zafuan tampil beri ‘warning’.

Jangan main serkap jarang bro

Screenshot_2015-07-28-11-16-42

Menerusi update terbaru di laman Instagram miliknya, Aidil yang merupakan bekas suami Rita Rudaini memuatnaik perbualan yang berunsur fitnah malah boleh menjejaskan karier bola sepaknya bersama pasukan JDT.

Tambah dirinya lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik Instagram terbabit.

Screenshot_2015-07-28-11-16-24

Iyalah main sedap cakap je, ini soal rezeki orang. Tambah pula Aidil merupakan seorang pemain yang dikenali berpengaruh.

Narrow minded fans go nowhere!!

Screen Shot 2015-07-28 at 12.14.50 PM

Sementara itu Tunku Laksamana Johor, Tunku Jalil menerusi update terbarunya di Instagram turut menempelak tindakan segelintir peminat yang gemar menuduh dan menjatuhkan imej pemain bola sepak.

bola