Jika kita lihat Tun Dr Mahathir dengan Tun Dr. Siti Hasmah memang pasangan paling sempoi sekali. Walaupun umur makin meningkat, tapi kebahagiaan masih terpancar di wajah mereka. Tun Dr. Mahathir pun rajin mengusik isterinya, dalam erti kata lain masing-masing terima kekurangan dan kelebihan seadanya.
Tapi apakah rahsia disebalik kebahagiaan rumah tangga mereka? Baru-baru ni Fatiya Latiff menjadi moderator untuk sebuah sesi Facebook Live (FB Live) dan pelakon itu bertanya apakah tips untuk rumah tangga berkekalan. Ini jawapan sempoi Tun Dr. Mahathir.
Macam mana Tun Dr Mahathir & Isteri kekal bahagia?
me: Mcmmana Tun dan isteri boleh kekal bahagia sampai sekarang? Tun : “Saya mmg ada “temptation”, lelaki boleh kawin 4, tapi saya kawin satu ja, kalau saya kawin lagi 3, habisla lelaki lain tak da chance nak kawin, bukan nya saya ni tak adorable” lol ?
Comel je jawapan Tun Dr Mahathir
Sumber: Instagram Fatiya Latiff