Walaupun nama Chef Wan popular di dalam bidang kulinari seluruh dunia, namun faktor itu tidak cukup untuk membuatkan perniagaannya berjaya. Terbaru, restorannya Chef Wan’s Kitchen yang beroperasi di Esplanade, Singapura terpaksa ditutup disebabkan perkara-perkara yang tidak boleh dielakkan. Restoran itu juga baru beroperasi selama setahun.
‘Saya lega dengan penutupan ini..’
Selepas setahun beroperasi, restoran milik Chef Wan, Chef Wan’s Kitchen di Esplanade, Singapura akhirnya tutup. Menurut Chef Wan, restoran tersebut ditutup oleh kerana beberapa perkara yang berada di luar kawalannya. Chef Wan’s Kitchen dibuka pada Julai 2017 dan pembukaan restoran itu atas kerjasama Chef Wan dan rakan kongsi di Singapura.
Saya tidak katakan tukang masak Singapura bagus atau tidak. Namun chef-chef yang bekerja di situ tidak menghasilkan masakan mengikuti resipi-resipi saya.
Pergi bandingkan lontong saya dengan lontong dia atau nasi lemak saya dengan nasi lemak dia, cukuplah. Berbuih-buih cakap berhari-hari hantar gambar, hari-hari buat macam-macam.
Saya lega dengan penutupan ini. Kalau boleh nak sedekah pisang kat masjid. Jadi tak payah pening kepala. Tak payah tengok macam mana chef-chef Singapura itu nak kena maki hamun siang malam pun tak buat jugak.
Sedangkan saya buat di Mandarin Oriental Hotel KL hari-hari. 800 orang saya sajikan semua hari-hari tidak ada masalah pun.
Sumber: Astro Awani/ Instagram Chef Wan