Siapa tak kenal Nora Danish. Dek kerana namanya yang ‘top’ tu, apa sahaja yang dilakukannya akan mendapat perhatian orang ramai dan yang paling terbaru, ibu tunggal itu dikatakan mengamuk pula.
Ha.. kali ini memang Nora Danish betul-betul mengamuk okay. Tapi mesti lah mengamuk bersebab kan? Orang gila je yang nak marah-marah tak tentu hala.
Menerusi foto yang dimuat naik di laman Instagramnya pada 17 Ogos itu, Nora Danish menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada pihak pengurusan Lego Hotel, Johor Bahru kerana ketidakcekapan mereka. Nak tahu apa ceritanya? Jom baca sampai habis.
Foto yang dimuat naik oleh Nora Danish
I was at Lego Land with my family earlier today n decided to stay for a night at Lego Hotel, JB. The rooms? Mmg cantik. Tetapi paling teruk pernah saya pergi.
Here’s the story. My sister @danishnadya , my pregnant friend @zaremazainal and ned’s bodyguard @gg_brutale was stuck inside the lift for an hour!!!!
Dan selama setengah jam tiada siapa yg bgtaw kami. Selama 10 minutes my sister nadya yg berada dalam lift itu tekan button merah baru ada orang jawab.
Can u imagine??? They went for a break katanya dan tiada ganti yg jaga n monitor? Mereka kata dah banyak kali terjadi kes sebegini!
Perkara ini tidak boleh dibuat mainan kerana dibuatkan org didalam itu sesak nafas? Budak kecil? Orang tua? Dah la lift dia bising dgn lagu dan juga lampu berkelip.
Mmg pening la sesiapa yg stuck dalam lift, bila suruh hentikan lagu dan lampu kerana risau akan memeningkan my pregnant fren n my sister yg asthma itu, mereka kata tidak boleh.
Bodoh! Lego Hotel adalah Hotel paling bahaya dan paling teruk pernah saya pergi. Bayangkan kalau ada kebakaran mmg tiada siapa yg datang selamatkan. Semua lembab. #justsharing
Foto tersebut sekaligus menarik perhatian para peminatnya yang menyatakan sokongan mereka terhadap tindakan Nora Danish dan dianggap merupakan salah satu cara untuk memberi kesedaran kepada pihak hotel.
Ha.. nervous juga kan kalau tersangkut dalam lif? Dah tu, bantuan pula lambat tiba dan katakanlah ada apa-apa kes kecemasan berlaku, sudah pasti keadaan akan menjadi lebih kusut.
Apapun, diharapkan agar pihak hotel akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap perkara ini supaya kejadian yang sama tidak akan berulang lagi. Betul tak?
[Update]
Sebentar tadi kami menerima kiriman emel dari rakan terdekat yang berkongsi kenyataan media dari pihak Lego Hotel sendiri. Jom baca keterangan Deviga Doreraja selaku Pengurus Perhubungan Awam, Legoland Malaysia Resort di bawah:
Thank you for reaching out to us for a statement and we are aware of the incident involving the family of Ms. Nora Danish.
We faced a mechanical issue with one of our lifts last night at the Hotel and we wish to once again apologise to the family involved over the incident. We are working closely with the relevant parties to ensure the matter is investigated thoroughly. We are currently in early stages of the process and will update once we have concluded our findings.
Our Hotel Director was on site last night to assist the family once alerted and the safety of all our guests remains a top priority for the Resort.
So nampaknya, pihak hotel dah pun meminta maaf kepada Nora Danish serta mereka yang terlibat. Dari apa yang disampaikan, Lego Hotel juga difahamkan kini sedang dalam proses untuk menyiasat kejadian sebenar.
Tak dapat dinafikan, sejak kejadian yang menimpa keluarga dan rakan Nora ni, ramai masyarakat seakan-akan menyalahkan pihak pengurusan hotel sekaligus ‘mengharamkan’ kaki mereka dari menjejaki tempat penginapan berkenaan, tapi tak salah kiranya kita dengar juga penjelasan dari mereka. Tak gitu?
Kredit foto: Instagram Nora Danish