Nampaknya, banyak juga kontroversi yang timbul semasa Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang melabuhkan tirainya pada hari Jumaat lalu.
Salah satunya ialah mengenai luahan perasaan pereka fesyen terkemuka, Ezuwan Ismail yang kesal apabila seorang selebriti wanita tidak memakai busana yang telah disiapkan khas untuknya.
Artikel Berkaitan: Yang Jelik Di Sebalik #ASK2014
Dek kerana itu, timbul desas-desus bahawa selebriti wanita yang dimaksudkan itu adalah Chacha Maembong kerana rantai yang dipakai semasa fitting session adalah sama dengan rantai dalam foto di instagramnya.
Berikut merupakan luahan Ezuwan Ismail:
Sejujurnya amat kecewa dgn artis ini. Masa tenaga dan wang ringgit sudah dihabiskan utk menyiapkan gaun ini tapi alangkah sedih dan kecewa apabila ia tidak dipakai artis berkenaan utk #ASK #ASK2014 tanpa sebarang notis malah ketika sesi fitting beliau tidak merungut langsung atau tidak bersetuju dgn rekaan ini.
Saya dpt tahu artis ini menggunakan dress dari pereka lain.Inilah senario yg sering sy hadapi dgn kerenah sesetengah artis yg tanpa segan silu dan jauh sekali menghargai kudrat dan wang ringgit serta masa yg diperuntukkan utk menyiapkan pakaian yg dikehendaki.
Jgn tlalu pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan org lain.Saya terbuka dlm segala bentuk komunikasi dua hala.ini tidak dia hanya berdiam diri. #artismalaysia
Kami pun sebenarnya tertanya-tanya siapakah empunya susuk tubuh yang memakai busana warna merah jambu itu. Kalau sekali imbas, tengok rantai berbentuk sauh yang dipakai oleh selebriti wanita misteri tersebut memang ada persamaan dengan rantai Chacha Maembong kan?
Namun, para pengikut Instagram Ezuwan Ismail ada juga meneka beberapa nama selebriti wanita lain seperti Adeline Tsen, Nabila Huda dan Nora Danish. Bagaimana pula dengan para pembaca OHBULAN! semua? Ada nama lain yang nak disenaraikan tak? Hehe.