berita

Didakwa Pukul Isteri, Awie Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

July 4th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-04 at 11.41.56 AM

Rasanya sudah pasti ramai yang sudah melihat foto wajah seorang wanita dengan kesan dipukul teruk kan? Lebih mengejutkan, ada pihak yang mendakwa bahawa wanita itu merupakan Rozana Misbun iaitu isteri kepada penyanyi rock terkenal, Awie.

Artikel Berkaitan: Netizen Dedah Foto Isteri Awie Ditumbuk. Betul Ke Ni?

Susulan kejadian itu, ramai yang melempar kata-kata kesat kepada Awie dan menganggap Awie bacul kerana sangup memukul isterinya sendiri dengan sebegitu teruk.

Bagaimanapun, Awie mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut hari ini (Jumaat) di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman di Mahkamah Seksyen Dan Majistret Ampang.

Screen Shot 2014-07-04 at 11.42.54 AM

Foto wanita yang didakwa merupakan Rozana Misbun

Awie disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Mahkamah telah memerintahkan penyanyi ini membayar ikat jamin sebanyak RM9000 dengan dua penjamin dan kes akan disebut semula pada 11 Ogos depan.

Bagaimanapun, Awie sebelum ini pernah menafikan dakwaan itu menerusi laporan beberapa akhbar dan meminta agar dikemukakan bukti kukuh.

Sumber: Malaysian Digest

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×