Sejak dari awal kemunculannya dalam industri hiburan tanah air, nama Ayda Jebat menjadi bualan hangat netizen kerana sering menjadi watak utama dalam kebanyakan drama yang trending di laman sosial. Keramahan dan sikapnya yang happy go lucky itu membuatkan dia senang didekati peminat. Tak hairanlah jika Ayda Jebat selalu menyapu bersih setiap anugerah yang dipertandingkan.
Terbaru, Ayda Jebat memberi respon lucu kepada gosip hangat dia bercinta dengan budak Wechat. Biar betul?
‘Jumaat ni cukup 4 bulan kami couple’
Di twitter, status lelaki yang dikenali sebagai bob di Wechat ini menjadi viral kerana mengaku dirinya sudah 4 bulan bercinta dengan Ayda Jebat. Siap bergambar dan letak sebagai cover foto lagi. Mungkin netizen merasakan perkara ini kelakar kerana bob sangat fanatik dengan Ayda.
‘Eh bukan 4 bulan lahh tapi…’ – Ayda Jebat
Semalam Ayda Jebat tidak melepaskan peluang memberi respon berkenaan status tersebut. Kata Ayda, mereka sudah 4 tahun bercinta. Walaubagaimanapun netizen menasihati Ayda supaya tidak mempermainkan perasaan orang bimbang peminat bertindak di luar kawalan. Hmm apa pendapat korang?
Komen netizen
sumber : twitter Ayda Jebat