berita

FMFA 2014 : Deadmau5 Meriahkan Hari Pertama Di Mines

October 17th, 2013 | by Ai
Kini Trending

DeadMau5 (2)

Selepas menyaksikan lebih 50 ribu jumlah pengunjung ke pesta muzik terbesar di Asia pada tahun 2013, kali ini Future Music Festival Asia (FMFA) bakal kembali semula pada tahun 2014 dengan barisan artis yang lebih hebat dan dinanti-nantikan oleh peminat muzik Asia.

Barisan nama antarabangsa seperti Deadmau5, Armin Van Buuren, Wu Tang Clan, Baauer dan ramai lagi bakal memeriahkan FMFA yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 13 hingga 15 Mac 2014. Tak cukup disitu, artis-artis tempatan juga akan turut memeriahkan lagi para pengunjung yang hadir.

Menariknya disini, tidak seperti pesta-pesta muzik yang lain, FMFA telah mengambil keputusan untuk menukar lokasi asal dari Sepang ke Mines Wonderland di Mines Resort City. Ini sekaligus memberikan kelainan pada para peminat muzik yang bakal tiba.

1276658_614658375239119_1663597586_o

Menurut Livescape Asia dan Future Music Australia, mereka mensasarkan lebih 75 ribu orang pengunjung dari seluruh dunia akan hadir pada FMFA 2014 selepas berjaya mencatat rekod lebih 50 ribu jumlah pengunjung pada edisi 2013.

Tiket sudah mula dijual hari ini bermula pada harga RM148 sehingga RM588 dan anda boleh pilih samada mahu pergi untuk sehari, dua hari atau pun tiga hari.

Untuk info lanjut mengenai tiket, anda boleh dapatkannya melalui redtix.airasia.com dan layari laman Facebook rasmi FMFA untuk update terkini.

Mari lihat video rasmi promo FMFA 2014 selepas ini.

http://www.youtube.com/watch?v=jwxfc2x4Ht4

SKIP THIS AD ×