berita

ASOT Turun Malaysia Buat Kali Kedua

October 11th, 2013 | by Ai
Kini Trending

1381874_611021465602810_1279122675_n

Lebih 35 ribu jumlah pengunjung telah dicatatkan hadir ke pesta muzik A State of Trance 600 (ASOT) yang berlangsung di Sepang pada awal tahun ini.

Dan untuk anda semua, Armin Van Buuren sekali lagi telah memilih Malaysia sebagai salah satu lokasi bagi menyambut A State of Trance 650 yang bakal diadakan pada 14 Mac tahun depan serentak dengan pesta muzik terbesar di Asia Tenggara, Future Music Festival Asia 2014.

Untuk makluman anda, Armin telah mengumumkan berita gembira ini semalam melalui laman rasmi ASOT. Ia sekaligus menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah sebanyak dua kali selepas Miami.

Screen Shot 2013-10-11 at 3.38.47 PM

Berita ini bukan saja mengejutkan para pengikut muzik di seluruh Malaysia, malah hashtag #ASOT650MY turut menjadi trending sejak dari pagi tadi.

Kebanyakan peminat Armin Van Buuren tidak menyangka bahawa ASOT akan diadakan di Malaysia semula selepas Jakarta diumumkan sebagai lokasi baru ASOT 650 untuk Asia Tenggara.

Pengumuman ini dibuat serentak malam semalam bersama 2 lagi buah negara iaitu Almaty, Kazakhstan (#ASOT650KZ) dan Santiago, Chile (#ASOT650CL).

1381381_10151975152063653_641441927_n

Menerusi laman Facebook rasmi Future Music Festival Asia pula, barisan penuh artis akan diumumkan pada 17 Oktober ini manakala tiket pula sudah mula dijual pada hari Sabtu, 12 Oktober di Redtix.

Bagi yang tidak tahu, ASOT adalah sebuah rancangan radio yang dikendalikan oleh Armin Van Buuren. Ia mempunyai peminat dan pendengar dari seluruh dunia dan sehingga kini telah memasuki episod ke 634, 16 episod lagi sebelum ke sambutan ASOT 650, tahun hadapan.

Apa pun, mari dengarkan lagu hits terbaru dari Armin Van Buuren selepas ini.

 

SKIP THIS AD ×