berita

ASOT600: Armin Van Buuren Sah Turun Malaysia Mac 2013

October 19th, 2012 | by Ai
Hollywood

Penantian bagi peminat-peminat Armin Van Buuren diseluruh Malaysia kini sudah berakhir. Setelah hampir 5 bulan berkempen untuk Armin Van Buuren turun ke Malaysia, akhirnya Kuala Lumpur telah diumumkan sebagai destinasi keempat dimana Armin akan turun untuk ‘ASOT 600 Expedition Tour’.

Pengumuman secara langsung melalui laman rasmi A State Of Trance semalam telah menyaksikan 6 buah bandar dari seluruh dunia telah dipilih oleh Armin sebagai destinasinya pada tahun 2013. Antaranya ialah Mexico City – February 16th 2013, Sao Paulo – March 1st 2013, Beirut – March 9th 2013, New York – March 30th 2013, dan juga Den Bosch – April 6th 2013.

Ini merupakan kali kedua Armin yang pernah tersenarai 4 kali sebagai DJ nombor satu dunia dalam DJ Mag Top 100 turun ke Malaysia selepas kali terakhir di Zouk Kuala Lumpur pada tahun 2009.

Menurut Juice Online, Armin dijangka akan memeriahkan Future Music Festival Asia yang akan berlangsung pada 15 Mac 2013. Untuk pengetahuan anda, Future Music Festival Asia adalah festival muzik terbesar di Asia dan ianya pertama kali diadakan di Malaysia pada tahun lepas apabila berjaya mengumpulkan hampir 25,000 orang peminat dari seluruh dunia.

Menurut sumber OHBULAN! yang rasmi, Cosmic Gate, Emma Hewitt, W&W, tyDi, Super 8 & Tab dan Ben Gold dipercayai bakal tampil sebaris dengan Armin Van Buuren sebagai barisan artis Trance. Pentas Electronic Dance Music (EDM) juga dikhabarkan bakal dihangatkan dengan kehadiran Hardwell dan Alesso dan OHBULAN! pasti ini merupakan berita baik buat peminat diluar sana.

Apa pun, kita nantikan saja pengumuman seterusnya dari penganjur dan berharap agar berita baik bakal muncul.

Armin van Buuren feat. Ana Criado – Suddenly Summer

SKIP THIS AD ×