berita

Foto : Keluarga Bahagia Farid Kamil & Diana Danielle

July 25th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Farid Kamil & Diana Danielle

Sejak bayi pertama Farid Kamil dan Diana Danielle lahir pada 2 Julai lalu, pasangan ini nampaknya jarang berkongsi foto-foto comel bayinya itu bersama peminat sama ada menerusi laman Instagram mahupun Twitter.

Mungkin ini adalah salah satu cara bagaimana untuk pasangan tersebut mencari privasi keluarga mereka sendiri, memandang sebelum ini terdapat pelbagai kontroversi yang timbul mengenai kelahiran putera sulung mereka itu.

Akan tetapi, terbaru aktres filem Sembunyi – Bisikan Azazil ini telah memuat naik sekeping foto keluarga bahagianya bersama Farid menerusi laman Instagram dengan caption berbunyi :

Babah ibu & lil boss ? #family

Menerusi foto yang dipaparkan, Diana dan Farid kelihatan begitu gembira di samping bayi mereka dan kebahagiaan tersebut jelas terpancar melalui senyuman yang ditonjolkan oleh pengarah muda terbabit.

Screen Shot 2013-07-25 at 12.46.28 PM

Foto terbaru yang dikongsikan oleh Diana Danielle

Menerusi respon peminat, ramai antara mereka turut gembira melihat kebahagiaan keluarga Farid dan berdoa agar putera sulung pasangan tersebut akan menjadi seorang anak yang soleh suatu hari nanti.

Farid Kamil

Secara umumnya, pasangan ini telah bernikah pada 3 November tahun lalu, bertempat di Flamingo Hotel, Ampang.

Artikel Berkaitan :

Bagaimanapun, untuk semua peminat Farid dan Diana, jom layan beberapa foto comel bayi mereka selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Farid & Diana Danielle

SKIP THIS AD ×