Sempena cuti sekolah ini mesti korang tengah berkira-kira nak pergi mana kan. Selalunya kita nak lari dari kesibukan kota dengan pergi tempat yang berkonsepkan nature. Kali ni, apa kata pergi tempat moden konsep ala-ala Eropah gitu.
Tak jauh pun dekat Melaka je. Rosa Malacca terletak di Jalan Parameswara, kira-kira 1 kilometer dari A’ Famosa dan Mahkota Parade. Memang menarik konsep hotel ini. Cool sangat! Tak percaya tengoklah sendiri.
Beri inspirasi gaya hidup baru.
Seni bina bangunan hotel menggunakan batu bata merah dan simen, inspirasi daripada bangunan Eropah.
Dekor dalam bangunan juga sangat teliti. Memang betul-betul nak masukkan unsur hotel dengan gaya hidup baru. Nice kan?
Ada jugak ruang makan terbuka. Cool betul. Buat kaki bergambar memang sesuailah nak datang sini. Dekorasi lain dari yang lain.
Fefeeling di Eropah dan Amerika.
Di Rosa Malacca, ada kafe hipster yang menawarkan sarapan ala Eropah, minum petang dan pelbagai menu barat.
Nampak sedap pulak admin tengok makanan ni. Dah duduk hotel ala barat makanan pon kena la ala barat jugak. Baru feel.
Cozy & moden.
Semua 60 bilik mempunyai reka bentuk perindustrian kontemporari moden dengan semua kemudahan moden, satelit dan TV LED, pendingin hawa dan wifi yang laju. So, korang boleh la bergambar dan terus update di sosial media. Ahahah
Bilik air pun bukan main ye.
Konsep menarik, harga not bad.
Harga bilik bermula dari RM250 ke RM450 bergantung kepada jenis bilik yang korang nak. Kalau nak tau lebih details boleh pergi kat website diorang Rosa Malacca atau FB Rosa Malacca.
Kredit : Rosa Malacca