berita

[FOTO] Resepsi Kahwin Juliana Evans Bertema Beach Wedding. Ringkas Tapi Magical!

November 18th, 2017 | by faris | 0 comments
50.1K
reads
11.9K
shares
Isu & Kontroversi

Pelakon berdarah kacukan Juliana Evans seperti semua sedia maklum sudah selamat menjadi suri hati Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, 29, di Shah Alam, 30 April lalu. Akad nikah berlangsung secara tertutup bagi menjaga privasi selain faktor protokol istana.

Semalam, pasangan sama cantik sama padan itu meraikan rakan-rakan dan kaum keluarga dalam satu majlis resepsi beach wedding yang ringkas tapi tetap meriah dan elegan. Jue anggun dalam persalinan serba putih yang magical manakala Y.A.M Tengku Shariffudin kacak dalam sut serba hitam. Kami bawakan beberapa keping foto di hari resepsi Jue yang sangat cantik!

Bagai bulan dipagar bintang

BFF Jue, Kaka pun turut menyerikan majlis

Tiz Zaqyah pun ada!

Tersenyum simpul menuju ke hati yang tersayang

Sumber: Marina Juki , Liyana Jasmay , Mdsmyra

Most read today

Recommended for you